Tunggu Sekejap untuk seketika ku hilang kawalan diri

galeri|arkib|aku|orang lain

Arkib untuk January 2008

IMHCWSTSLT XIII

Bat For Lashes - “Whats a Girl To Do”
Oh! Nampaknya aku sudah kehilangan rentak untuk menulis.
Jadi, sementara aku mencari rentak aku pada hujung minggu ini, saksikanlah video muzik lo-fi di atas nyanyian Natasha Khan. Kamu tak perlukan lampu-lampu terang berkelipan dan manusia-manusia seksi (dan belanjawan ekstravaganza) untuk membuat sebuah video yang mantap.
Hmm. Mungkin aku akan [...]

Sejak hari itu aku pandang Cinta dengan kanta Sinikal.

Siapa sorokkan kanta aku?
***
Blog ini akan berehat untuk seketika.
Aku mahu membaca.
Aku mahu membuat keputusan.
Aku mahu MacBook Air.
Jumpa lagi.

Luncur cerun. Hilang kawalan. Cium salji. Ulang.

Mari kita tinggalkan sebentar Lembah Tuscany dan pergi melawat Banjaran Alps.
Terlebih dahulu, ingin aku berikan komen berkenaan warga Switzerland. Semua yang kami jumpa memberi layanan dengan baik dan sopan sekali! Dari penjaga kaunter ke penjaga kolam renang. Dari Pakcik Yang Sedang Basuh Tingkap Van ke Abang Yang Bengang Sebab Kami Tak Reti Berski. Begitu baik [...]

Moh ke Itali Bersama Hadi V - Apakah maksudnya semua ini?

Apakah yang sedang dilakukan oleh pemuda tampan ini? Adakah dia sedang menari? Mungkinkah dia seorang bintang Bollywood yang semakin meningkat naik dan sedang menjalani penggambaran di Itali? Patutkah aku mengambil autograf?

Moh ke Itali Bersama Hadi IV - Roma

“Suddenly” dendangan Butterfingers daripada album Malayneum sedang dimainkan oleh pemain MP3 jenama Epal. (Sesiapa yang berminat untuk membeli pemain MP3 iPod video Epal Generasi ke-5 30GB berwarna hitam, calar minimal, tanpa earphones, harga boleh runding; sila hubungi aku.)
Aku baru tersedar dari lelap. Selesa sekali kotak kelas pertama. Kekeliruan beberapa jam sebelumnya diselesaikan dengan upgrade kelas [...]

“For you, a thousand times over” (Spoiler alert?)

“Awak..”
“Jom tengok The Kite Runner?”
Aku yang sedang menarik-narik rambut dan menumbuk-numbuk meja disebabkan kelembapan talian Smart Telecom terhenti seketika, cuba mengingat bila kali terakhir aku pergi berdua-duaan menonton filem di panggung wayang. Lama sudah. Filem Terminator 3: Rise of The Machines dimainkan oleh projektor memori.
Aku tenung Acab di sebelah yang sedang membaca blurb naskah karya [...]

Moh ke Itali Bersama Hadi III - Venice lagi

Tahukah kamu bahawa Venezuela bermaksud “Venice Kecil”?
Dan terdapat sekurang-kurangnya sepuluh tempat yang digelar “Venice of the East” termasuk Bangkok, Alleppey dan Suzhou?
Betul. Abang Wiki yang beritahu.