Moh ke Itali Bersama Hadi III - Venice lagi
Tahukah kamu bahawa Venezuela bermaksud “Venice Kecil”?
Dan terdapat sekurang-kurangnya sepuluh tempat yang digelar “Venice of the East” termasuk Bangkok, Alleppey dan Suzhou?
Betul. Abang Wiki yang beritahu.
Abang Wiki juga menyebut bahawa Venice ialah bandar yang paling kerap dikunjung di dunia, menyambut sehingga 15 juta pelancong setiap tahun.
Fakta yang itu aku percaya. Kadang-kadang aku berasa sesak dan lemas. Sesak dan lemas dalam troposfera yang tepu dengan senyuman-senyuman palsu, panggilan penjual-penjual tas tangan Dolce & Gabbana tiruan*, dan cappuccino yang undersized tetapi overpriced.
Kota Venice yang dahulunya menjadi lokus penting tentera Kristian semasa Perang Salib, perhentian wajib pedagang-pedagang Timur dan Barat, dan antara pusat perkembangan budaya semasa zaman Renaissance, kini bagaikan satu taman tema air yang besar.
Tapi benda yang sama boleh dikatakan di mana-mana tempat pelancongan.
Maaf. Ter-emo seketika. Heh.

Panorama Venice. Klik gambar, jadi besar.
***
Jika kamu hanya boleh melawat satu tempat di Venezia (panggilan Italian), maka pilihlah Piazza San Marco.
Dataran San Marco, satu kawasan lapang yang dikelilingi oleh tiga bangunan yang bersambung (dipanggil Procuratie), St. Mark’s Basilica dan Menara Loceng St. Mark.

Panorama Dataran San Marco. Klik gambar, jadi besar.
Mark the Evangelist dikatakan telah menulis Gospel of Mark. Jasadnya, kini berada di basilica di Piazza San Marco ini dikatakan telah diseludup dari Iskandariah di Mesir oleh pedagang-pedagang Venice. Untuk melepasi pos-pos pemeriksaan kerajaan Islam, mereka telah melitupi jasad itu dengan daging babi. Kamu dapat melihat babak ini diabadikan pada siling di façade hadapan St. Mark’s Basilica*.
Selain manusia, dataran ini juga dikunjungi burung-burung merpati. Beribu-ribu burung merpati. Aku dan burung merpati mempunyai hubungan yang dingin sebenarnya. Aku masih ingat lagi kejadian kurang menyenangkan semasa aku membeli-belah di Dublin, melawat Trafalgar Square di London dan bermain badminton di Sepang. Aku ingat Sang Merpati.
Aku ingat.
Naik gondola? Ho. Ho. Memang gondol-lah jika aku naik gondola. Seratus Euro (lebih kurang RM490) untuk satu perjalanan, aku serahkan pengalaman ini kepada imaginasi aku.
Sebaliknya, aku dan Naz menaiki waterbuses atau vaporetti, menikmati pemandangan sepanjang Canal Grande untuk hanya €6.50 termasuk cukai.
***
Tengah malam.
Kereta api intercity tiba di Stesen Santa Lucia. Lima minit kemudian, kereta api intercity meninggalkan Stesen Santa Lucia.
Gerabak 9, Kerusi 125 dan 126. Itulah yang tercetak pada tiket. Aku dan Naz mencari-cari, tapi tak jumpa-jumpa. Gerabak 9 hanya ada 25 buah kerusi. Tiket palsu-kah?
Seorang lelaki berkaca-mata yang tak ubah seperti pensyarah kuliah “Inflammatory Bowel Disease“, Doktor Dervan, datang menghampiri. Dia memakai topi biru dengan lambang trenitalia di tengah-tengah. Dalam tangannya ada walkie-talkie Motorola dan penebuk kertas.
“Biglietto, per fevore?”
Bersambung..
Banyak lagi gambar di galeri.
*Foto di sini.
“If you look like your passport photo, you’re too ill to travel.” - Will Kommen











Langgan RSS
2 pesanan