Tunggu Sekejap untuk seketika ku hilang kawalan diri

galeri|arkib|aku|orang lain

Rock ‘n’ Roll John Showcase - 29 Mac - Annexe CM

adam

Adam. 23 tahun. Seorang rockstar.

OK. Mungkin belum lagi seorang rockstar. But he’s getting there and boy, is he on the right track.

Apabila aku mendapat tahu yang kugirannya, Rock ‘n’ Roll John akan mengadakan majlis pelancaran album di Annexe, Central Market pada 29 Mac ini; hanya satu benda yang muncul dalam fikiran aku: It’s about time!

Showcase Poster
Klik gambar, jadi besar.

Aku kenal Adam sejak kami sama-sama menuntut di sebuah sekolah rendah atas bukit yang dikelilingi hutan di Kampung Salak dan mendapat tahu minat dan kemahirannya dalam bidang muzik sejak waktu itu lagi.

Hampir mahir macam aku.

Ketika dia mula berjinak-jinak dengan The Beatles, Nirvana dan Metallica aku pula melayan genre yang lebih ganas dan hardcore.

Seperti KRU, 4U2C, Feminin, Nico, Fauziah Latiff dan Hasnol.

Semua orang di sekolah pernah dengar mengenai drum set dan koleksi gitar di rumah Adam. Apa yang orang tak tahu adalah kehandalan aku bermain keyboard Casio ToneBank di rumah terutamanya lagu yang berjudul “Demo”*. Itu belum lagi dengar persembahan solo recorder ketika pelajaran muzik kelas 2 Mawar.

Pada tahun 2004, Dzul, seorang lagi anggota RNRJ dan rakan sekelas di sekolah menengah memberi aku sekeping CD demo.

Pada tahun 2006, EP pertama mereka, “The Birth of Ixora” dikeluarkan. Ketika ini mereka sudahpun bermain di berpuluh-puluh gig dan diketengahkan dalam beberapa penerbitan tempatan.

Dan pada 2008, 29 Mac ini, album mereka yang berjudul “From Time to Time” akan dilancarkan.

from time to time

Adam dan Dzul bersama-sama Aliff dan Hafiz akan menggegarkan Central Market pada hari Sabtu ini untuk menyebarkan jenama rock ‘n’ roll Sepang mereka kepada dunia. Dengar-dengar Melodi pun akan membuat liputan.

***

Adam. 23 tahun. Seorang rockstar?

Tak lama lagi!

rnrj

OK siap! T-shirt satu Adam! Dzul?

*Kamu mesti pernah bermain sebuah Casio untuk memahami lawak yang satu ini.

Pautan Berkaitan

  • MySpace Rock ‘n’ Roll John
  • video persembahan di YouTube

  • 3 pesanan

    aku br menjumpai blog ko ni beberape hari yg lps
    sblm ni aku igtkn page apela, rupe2 page ko =p
    adeke persembahan solo recorder ko mase djh 2
    aku xigt pn,mmg sungguh hiperbola skali
    biar aku kantoikn ko kt cni. hahahaha
    btw, ade kwnku yg jd artis rupenye =)

    Pesanan oleh wahida yg kebosanan pada 08/09/2008 @ 1pm

    tlupe pule nk tgglkn kate2 pujian
    well, nice blog
    simple yet intriguing =)

    Pesanan oleh wahida yg kebosanan pada 08/09/2008 @ 6pm

    thanks cik wahida yang kebosanan. sila datang lagi ya! haha.

    Pesanan oleh hadi pada 12/09/2008 @ 9am

    Tinggalkan komen/pesanan

    bicara dengan lampu mati Dugarry