Tunggu Sekejap untuk seketika ku hilang kawalan diri

galeri|arkib|aku|orang lain

Wad Bersalin #5

“So you’ve seen quite a few deliveries now,” sapa ketua bidan; Lisa.

Sebelum memulakan rotasi wad bersalin, Farah ada memberitahu bahawa senioriti dapat dikenal pasti melalui tona biru pada uniform bidan. Biru navy untuk senior-senior dan biru pastel untuk yang lain. Kan mudah kalau dia kata biru pekat dan biru cair saja.

“Yup,” aku balas.

Aku sedang menikmati secawan Robertson percuma yang aku ambil setiap kali rehat dari mesin kopi di aras teater pembedahan.

“So I guess you’re ready to deliver one now,” dia kata lagi.

“When the time comes, take off your white coat, put on a pair of gloves and get ready to rumble.”

“Sure,” dengan yakin aku balas.

Kopi aku hirup sekali lagi bagi mengukuhkan riak keyakinan.

(Yikes!)


3 pesanan

woohoo~!!
so sempat deliver ke tak incik hadi??
(aku bajet tak. ngehs.)

Pesanan oleh intan yg super best :D pada 09/05/2009 @ 9pm

(ok, tora kembali, harap maaf. lpas ni aku senyap je. lol)

Pesanan oleh intan yg super best :D pada 09/05/2009 @ 9pm

bajet ko sungguh tepat sekali.
tak sempat sebab tak progress sgt kemudian syif aku pun habis..

(kamu nak komen setiap hari pun boleh intan yg super best, no hal punye, haha)

Pesanan oleh hadi pada 10/05/2009 @ 1am

Tinggalkan komen/pesanan