(going around in circles)
Sindrom Stendhal.
Minggu lepas aku telah pergi ke bandar Cork untuk berlari-lari (dengan sangat laju) dan menjerit-jerit di atas padang berlumpur. Sepanjang hari.
Penat.
Angin ribut dan hujan batu pun tak membantu.
Tapi peluang untuk minum beberapa cawan kopi dan berborak dengan kawan-kawan lama pada lewat petangnya membuatkan segala-galanya berbaloi sahaja.
17 Mac 2008
Tengah hari
Dame Street, Dublin, Ireland.
**
tutup mata
hela nafas perlahan-lahan
kita tunggu semalam sekali lagi.
Untuk mendapatkan kesan sepenuhnya daripada entri kali ini
Aku selongkar koleksi bookmarks aku dan terjumpa tiga pautan untuk kamu nikmati pada hujung minggu ini (atau pada bila-bila masa).
The 7 Habits of Highly Effective Propagandists
Kehangatan di pentas politik Malaysia dan Amerika Syarikat semakin terasa. Mari kita tinjau dari sudut sains sosial, teknik-teknik propaganda yang sering diketengahkan untuk menghadkan audiens sasaran daripada berfikir secara kritikal. [...]
Clonskeagh, Dublin.
23 Februari.
Uhm.. Mungkin aku patut pusingkan yang paling depan tu.
Piazza dei Miracoli. Dataran Keajaiban. Di tengah-tengah terletak Duomo, katedral besar Zaman Pertengahan; Camposanto, kompleks perkuburan gergasi; Baptistery terbesar di Itali dan sebuah menara loceng yang condong akibat struktur tanah yang tidak stabil.
Sudah tentu pada masa ini, tumpuan utama pengunjung adalah pada menara loceng yang condong [...]
Lapangan Terbang Antarabangsa Dublin
Proses renovasi sedang berlangsung. Paku merata-rata. Baik-baik jalan.
Mesti kamu sudah bosan melihat gambar-gambar tangkapan aku kan?
Oleh itu, mari kita lihat gambar-gambar bidikan adinda-adinda ku pula. Semua gambar diambil menggunakan samada Nikon D40X, Casio Exilim EX-Z57 atau Sony Cybershot DSC-P100 dari Jun 2007 hingga September 2007.
Cuba teka mana satu Acab?
Ramai yang tak ambil endah. Ada yang simpan sahaja. Ada yang hanya berani berpolemik di kedai-kedai kopi. Tak-pun di kedai kebab.
Dan ada yang berbuat sesuatu.
Siapa sorokkan kanta aku?
***
Blog ini akan berehat untuk seketika.
Aku mahu membaca.
Aku mahu membuat keputusan.
Aku mahu MacBook Air.
Jumpa lagi.
© Tunggu Sekejap. Tema DePo Skinny.