Apabila bebola potensi memegang kamera
Mesti kamu sudah bosan melihat gambar-gambar tangkapan aku kan?
Oleh itu, mari kita lihat gambar-gambar bidikan adinda-adinda ku pula. Semua gambar diambil menggunakan samada Nikon D40X, Casio Exilim EX-Z57 atau Sony Cybershot DSC-P100 dari Jun 2007 hingga September 2007.
Aku tak dapat hendak memberi kredit kepada pembidik asal kerana aku pun tak pasti gambar yang mana ditangkap oleh adik yang mana. Tunggulah kemaskini kepada entri ini ya?
Kali ini janganlah kita endahkan ISO, shutter speed, mahupun aperture; sebaliknya kita serap usaha komposisi dan luahan emosi setiap foto.
Sudah tentu semasa kita menangkap sesuatu foto, kita tidak berfikir seperti: “Komposisi…OK; luahan emosi…Cukup,” namun semasa babak yang dilihat melalui viewfinder (atau skrin LCD) telah ditetapkan dalam bingkai, dan kita-pun merasakan bahawa situasi ini dirasakan betul, pada saat itu senyuman subjek tidak lagi menjadi milik subjek itu dan warna merah pada kereta kini bukan hanya sekadar warna; sebaliknya senyuman itu dan warna itu telah menjadi milik si penangkap gambar, telah menjadi sebahagian daripada sebuah nukilan visual, telah menjadi sebuah cerita. Satu luahan.
(Tahniah diucapkan jika kamu dapat memahami perenggan di atas – Ed)
Berikan beberapa saat untuk menghayati atmosfera setiap foto (termasuk yang di atas).
Banyak lagi gambar-gambar padu. Lain kali aku tunjukkan. Tiga daripadanya mempunyai blog-blog mereka sendiri, tetapi tak seaktif blog hebat yang sedang kamu tatap ini.
Adik-adik aku kini bagaikan bebola potensi yang sedang menunggu untuk meletup. Aku yakin jika disokong dengan ilmu, dikuatkan dengan minat dan diteguhkan dengan usaha; mereka dapat pergi jauh; bukan saja dalam fotografi, tetapi dalam apa jua bidang yang ingin mereka ceburi.
Reach for the stars you guys.









Langgan RSS
5 pesanan